Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar. Lawatan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan pada pukul 8.00 pagi. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga disiplin semasa berada di kawasan taman. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan rakan-rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke Taman Hidupan Liar sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas, pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta
maklumat tentang taman kepada kami.
maklumat tentang taman kepada kami.
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam taman. Kami juga sempat melihat pertunjukkan burung yang telah dilatih untuk menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa.
Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibu bapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan kepada ibu. Walaupun agak letih, saya berasa sangat gembira.
ENGLISH
On the last school holiday I went on a study tour to the Wildlife Park. The visit was organized by the National School Science Association of Taman Jaya. The purpose of the visit is to obtain information on the animals found in the forest. A total of 40 students and 5 accompanying teachers participated in the visit
Before leaving, the students queued at the assembly site at 8:00 am. Escort teachers give briefings and advice to keep discipline while in the park area. After briefing, the escort teachers took us on board the bus. We line up on the bus.
While on the bus we talked to friends. There are also friends who tell me about the previous experience of the Wildlife Park. We also enjoy the cakes and boxed water provided on the bus for the stomach.
We arrived at the Wildlife Park at 9.00am. After getting off the bus, the officer on duty welcomed us. He gave brief briefing as well
information about the park to us.
After that, we were given the opportunity to look closely at the animals inside the park. We also had a look at the bird shows that had been trained to entertain our hearts. There are also students who take the opportunity to take pictures and buy souvenirs to be given to parents.
After enjoying lunch we went home at 1.00 pm. Arriving at our parents' school was ready to pick us home. On the way back home, I told her a fun experience. Despite being tired, I feel very happy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan